SEJARAH SEKOLAH
>> Sunday, January 17, 2010
JAWATANKUASA PENGASAS
Pengerusi : En. Daud Bin Ali
Setiausaha : En. Yaakub Bin Ismail
Bendahari : En. Ab. Rahman Bin Lembek
Jawatankuasa : Hj. Wan Mamat bin Hj. Wan Salleh
En. Ngah Bin Merah
En. Idris Bin Yunus
En. Yusoff Bin Mamat
En. Hasan Bin Sulong
Bangunan sekolah didirikan dengan menggunakan batang nibung, buluh dan beratap rembia diatas sebuah tanah di lot 790 yang diberi pinjam oleh tuan tanah yang akhirnya pihak sekolah membelinya.
Pada tahun 1962, Sekolah Rakyat Penggu diambil alih oleh Kementerian Pelajaran/Pendidikan beserta dengan guru-gurunya dan ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Penggu. Sekolah Kebangsaan Penggu juga telah bertukar wajah daripada bangunan yang beratap rembia kepada bangunan berdinding batu setingkat yang dihadiahkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Negeri Kelantan. Guru besar pada ketika itu ialah Tuan Hj. Mahmood bin Hj. Idris.
SEJARAH RINGKAS PENGASAS SEKOLAH
Nama: Hj. Yaakub bin Ismail
Hj. Yaakub bin Ismail dilahirkan dalam tahun 1923 di Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan. Dengan kelulusan sekolah pondok, beliau pernah menjadi salah seorang guru kelas dewasa pada ketika itu. Beliau amat berminat dalam perkhidmatan masyarakat dan juga merupakan ahli jawatankuasa UMNO, Cawangan Kampung Bechah Semak.
Pada tahun 1949, beliau telah mengasas sebuah sekolah yang kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Penggu. Beliau juga telah menjadi guru besar SK Penggu yang pertama pdan berkhidmat dari tahun 1955 sehingga 31.12.1962.
Beliau dikurniakan 7 orang anak dan meninggal dunia pada tanggal 15.1.1982. Jasa dan sumbangan beliau kepada masyarakat setempat tetap dikenang.